Monday, 12 December 2011



ASSALAMUALAIKUM………..

Apakah perkaitan psikologi kognitif dengan sensori dan sensasi?

SENSORI DAN SENSASI

SENSORI

•         Proses yang mengesan rangsangan daripada tubuh badan atau persekitaran.
•         Proses asas atau pengalaman yang terjadi apabila sesuatu rangsangan merangsang penerima rangsangan.
•         * sensori visual menyebabkan kita mengesan tanda-tanda hitam di atas buku yang dibaca.
•         Sensasi
•         Proses menyusun sensasi-sensasi kepada suatu yang memberi makna.
•         * sensasi visual menyebabkan kita boleh menyusun tanda-tanda hitam kepada huruf-huruf dan perkataan-perkataan yang boleh difahami.(jelas)
•         Rangsangan
•         Sebarang perubahan yang berlaku dalam bentuk tenaga fizikal yang didaftarkan oleh penerima rangsangan.
•         Permulaan bagi proses (sensori dan sensasi) adalah rangsangan ( satu bentuk tenaga seperti cahaya/bunyi) yang boleh memberi kesan kepada organ-organ sensori (mata atau telinga).
•         Sesuatu tenaga fizikal hanya boleh diistilah sebagai RANGSANGAN apabila diterima dan didaftarkan oleh penerima rangsangan. Gelombang udara, pancaran ultra ungu atau antom-antom yang berkeliaran di ruang udara tidak didaftarkan sekalipun diistilahkan sebagai tenaga fizikal. (contoh ; rasa panas)
•         Ambangan sensori (sensory threshold).



 Dua bentuk ambangan iaitu:
1)    Ambangan mutlak (absolute threshold)

ü Magnitud terkecil bagi sesuatu rangsangan yang membolehkan ia didaftarkan oleh organ deria manusia.
ü Jumlah minimun stimulasi boleh dikesan oleh individu melalui sensori yang diberi.
ü Tidak mudah mengukur ambangan mutlak. Kerana setiap individu mempunyai perbezaan kebolehan mendaftarkan isyarat-isyarat deria.
ü Jika tenaga fizikal sesuatu rangsangan berada di bawah tahap ambangan mutlak, ia tidak akan dapat didaftarkan oleh organ deria.

Teori pengesanan isyarat
•         Teori yang menganggap bahawa pengesanan rangsangan adalah bergantung kepada kekuatan rangsangan, keadaan fizikal dan psikologi individu.

2)     Ambangan perbezaan ( difference threshold)

ü Jumlah minimum perubahan dalam rangangan yang boleh dikesan.
ü Perbezaan yang terkecil di antara dua rangsangan (yang sama) supaya ia boleh dibezakan.
ü Ia bergantung kepada kebolehan individu dan situasi. 




Weber dan Fechner ambangan perbezaan (just noticeable difference jnd):
•         Kajian menunjukkan bahawa Weber’s Law sesuai bagi kekuatan rangsangan yang sederhana berbanding rangsangan yang mempunyai kekuatan yang tinggi.
•         Weber dan Fechner mendapati bahawa jumlah perubahan dalam kekuatan stimulasi yang diperlukan untuk menghasilkan jnd adalah sebahagian (pecahan yang konsisten) daripada stimulasi asli (asal) Wiber’s law.

Sensori Adaptasi:
•         Kecenderungan penerima sensori untuk bertindak balas semakin berkurangan terhadap rangsangan yang berterusan.


Hal ini menjelaskan bahawa psikologi kognitif dengan sensori dan sensasi saling berkait antara satu sama lain….

No comments:

Post a Comment