Friday 25 November 2011

Apa itu Psikologi Kognitif?


ASSALAMUALAIKUM…….
Pada hari ini kami ingin menerangkan tentang pengenalan dan sejarah psikologi kognitif. Harap anda memperolehi ilmu yang baru dan di berkati.amin...


PSIKOLOGI KOGNITIF


1.   Apa yang anda faham tentang psikologi kognitif?




2. Apa kaitannya psikologi dengan kehidupan seharian   manusia?




3.   Perlu ke untuk kita tahu apa itu psikologi?






v Kami akan menerangkan serba sedikit informasi tentang psikologi kognitif seperti yang telah kami pelajari……





PENGENALAN

Psikologi kognitif merupakan perspektif secara teori yang menfokuskan pada dunia persepsi pemikiran ingatan manusia. ia menggambarkan manusia sebagai proses maklumat yang aktif menyerupai motofora dunia komputer.


DEFINISI PSIKOLOGI KOGNITIF
Ø Psikologi kognitif adalah cabang psikologi yang mengkaji proses  mental termasuk bagaimana orang berfikir, melihat, ingat dan belajar.

Ø Fokus utama psikologi kognitif adalah bagaimana manusia memperoleh, memproses dan menyimpan maklumat.

Ø Tidak seperti behaviorisme, yang memberi tumpuan hanya pada tingkah laku diperhatikan, psikologi kognitif adalah berkenaan dengan negeri-negeri dalaman mental.

Ø Tidak seperti psikoanalisis, yang banyak bergantung kepada persepsi subjektif, psikologi kognitif menggunakan kaedah penyelidikan saintifik untuk mengkaji proses mental.



SEJARAH
ü Sejarah psikologi kognitif bermula pada saat Plato (428-348SM) dan muridnya Aristotle (384-322SM) memperdebatkan mengenai cara untuk manusia memahami pengetahuan mahupun dunia serta alamnya. Plato berpendapat bahawa manusia memperoleh pengetahuan dengan cara penaakulan secara logik, aliran ini disebut sebagai rasionalis. 

Aristotle dan Plato


ü Abad 19 dan 20 Wilhelm Wundt (1832-1920) seorang ahli psikologi dari Jerman mengemukakan idea untuk mempelajari pengalaman sensori melalui introspeksi. Dalam mempelajari proses perpindahan maklumat atau berfikir, maka maklumat tersebut harus dibahagi dalam struktur berfikir yang lebih kecil. Aliran strukturisme Wundt menumpukan pada proses berfikir, namun aliran fungsionalisme berpendapat bahawa bahawa penting bagi manusia untuk tahu apa dan mengapa mereka melakukan sesuatu. 

Wilhelm Wundt (1832-1920)

ü William James (1842-1910) seorang pragmatisme-fungsionalisme melontarkan idea mengenai atensi, kesedaran dan persepsi.Setelah itu munculah aliran Assosiasi (Edward Lee Thorndike, 1874-1949) yang mula menggunakan stimulus dan diikuti dengan aliran behaviorisme yang mengaitkan antara stimulus dan respon dalam proses belajar. Pendekatan behaviorisme radikal yang dibawakan oleh BF Skinner (1904-1990) menyatakan bahawa semua tingkah laku manusia untuk belajar, kejayaan bahasa bahkan penyelesaian masalah dapat dijelaskan dengan penguatan antara stimulus dan respon melalui ganjaran dan hukuman. Namun pendekatan behaviorisme belum dapat menjawab alasan perilaku manusia yang berbeza contohnya melakukan perancangan, pilihan dan sebagainya. 


William James


ü Edward Tolman (1886-1959) percaya bahawa semua tingkah laku ditujukan pada suatu destinasi. Menggunakan eksperimen dengan tikus yang mencari makanan dalam ‘maze’, percubaan ini membuktikan bahawa terdapat skema atau peta dalam kognisi tikus. Hal ini membuktikan bahawa tingkah laku melibatkan proses kognisi. Oleh kerana itu beberapa pihak mengakui Tolman sebagai Bapa Psikologi Kognitif Modern. Selain Tolman, Albert Bandura juga mengkritik behaviorisme dengan menyatakan bahawa belajar pun boleh diperolehi melalui persekitaran sosial individu. Dalam perolehan bahasa, Noam Chomsky seorang linguis juga mengkritik behaviorisme dengan menyatakan bahawa otak manusia dibekalkan dengan kemampuan untuk mengenali dan menghasilkan bahasa.


Edward Tolman



No comments:

Post a Comment