Monday 12 December 2011



ASSALAMUALAIKUM………..

Apakah perkaitan psikologi kognitif dengan sensori dan sensasi?

SENSORI DAN SENSASI

SENSORI

         Proses yang mengesan rangsangan daripada tubuh badan atau persekitaran.
         Proses asas atau pengalaman yang terjadi apabila sesuatu rangsangan merangsang penerima rangsangan.
         * sensori visual menyebabkan kita mengesan tanda-tanda hitam di atas buku yang dibaca.
         Sensasi
         Proses menyusun sensasi-sensasi kepada suatu yang memberi makna.
         * sensasi visual menyebabkan kita boleh menyusun tanda-tanda hitam kepada huruf-huruf dan perkataan-perkataan yang boleh difahami.(jelas)
         Rangsangan
         Sebarang perubahan yang berlaku dalam bentuk tenaga fizikal yang didaftarkan oleh penerima rangsangan.
         Permulaan bagi proses (sensori dan sensasi) adalah rangsangan ( satu bentuk tenaga seperti cahaya/bunyi) yang boleh memberi kesan kepada organ-organ sensori (mata atau telinga).
         Sesuatu tenaga fizikal hanya boleh diistilah sebagai RANGSANGAN apabila diterima dan didaftarkan oleh penerima rangsangan. Gelombang udara, pancaran ultra ungu atau antom-antom yang berkeliaran di ruang udara tidak didaftarkan sekalipun diistilahkan sebagai tenaga fizikal. (contoh ; rasa panas)
         Ambangan sensori (sensory threshold).



 Dua bentuk ambangan iaitu:
1)    Ambangan mutlak (absolute threshold)

ü Magnitud terkecil bagi sesuatu rangsangan yang membolehkan ia didaftarkan oleh organ deria manusia.
ü Jumlah minimun stimulasi boleh dikesan oleh individu melalui sensori yang diberi.
ü Tidak mudah mengukur ambangan mutlak. Kerana setiap individu mempunyai perbezaan kebolehan mendaftarkan isyarat-isyarat deria.
ü Jika tenaga fizikal sesuatu rangsangan berada di bawah tahap ambangan mutlak, ia tidak akan dapat didaftarkan oleh organ deria.

Teori pengesanan isyarat
         Teori yang menganggap bahawa pengesanan rangsangan adalah bergantung kepada kekuatan rangsangan, keadaan fizikal dan psikologi individu.

2)     Ambangan perbezaan ( difference threshold)

ü Jumlah minimum perubahan dalam rangangan yang boleh dikesan.
ü Perbezaan yang terkecil di antara dua rangsangan (yang sama) supaya ia boleh dibezakan.
ü Ia bergantung kepada kebolehan individu dan situasi. 




Weber dan Fechner ambangan perbezaan (just noticeable difference jnd):
         Kajian menunjukkan bahawa Weber’s Law sesuai bagi kekuatan rangsangan yang sederhana berbanding rangsangan yang mempunyai kekuatan yang tinggi.
         Weber dan Fechner mendapati bahawa jumlah perubahan dalam kekuatan stimulasi yang diperlukan untuk menghasilkan jnd adalah sebahagian (pecahan yang konsisten) daripada stimulasi asli (asal) Wiber’s law.

Sensori Adaptasi:
         Kecenderungan penerima sensori untuk bertindak balas semakin berkurangan terhadap rangsangan yang berterusan.


Hal ini menjelaskan bahawa psikologi kognitif dengan sensori dan sensasi saling berkait antara satu sama lain….

No comments:

Post a Comment